16 Makanan Yang Tidak Patut Ada Dalam Peti Sejuk - TopWomenMagazine

16 Makanan Yang Tidak Patut Ada Dalam Peti Sejuk

Advertisements

Untuk memastikan makanan tahan lama, anda pasti akan terfikir untuk memasukkannya ke dalam peti ais. Namun, tidak semua makanan boleh disimpan di dalam peti ais. Ada yang perlu diletakkan di luar sahaja. Dalam artikel ini, kami akan senaraikan apakah jenis makanan yang kami maksudkan itu. Anda mungkin akan terkejut apabila mengetahui bahawa selama ini, anda telah tersilap dalam cara menyimpan beberapa jenis makanan tersebut.

Avokado

Sponsored Links

Jika anda selalu membeli avokado, anda pasti perasan yang ia biasanya masih belum masak dengan sempurna. Untuk mematangkannya, anda harus menyimpannya pada suhu bilik dan bukan di dalam peti ais. Penyejukan hanya diperlukan sekiranya ia sudah masak dan anda masih belum ingin memakannya. Ini kerana, sebaik sahaja ia disimpan di dalam peti ais, ia akan berhenti daripada masak. Avokado mengambil masa antara dua hingga empat hari untuk masak dengan sempurna. Apabila ia telah masak sepenuhnya, ia boleh disimpan di dalam peti ais sehingga 7 hari.

Bawang


Bawang tidak boleh disimpan di dalam peti ais sama ada sudah dipotong atau belum dipotong lagi. Ia memerlukan udara untuk kekal kering dan segar. Bawang perlu disimpan di ruang terbuka di dapur anda. Kelembapan tidak bagus untuk bawang. Ia akan mempercepatkan proses penuaan dan menjadikannya cepat busuk. Bawang hanya bertahan selama beberapa jam selepas ianya dipotong. Oleh itu, ia tidak boleh disimpan di dalam peti ais atau ia akan menyerap kelembapan peti ais dan akan hilang keseluruhan rasanya.

Epal

Pernah anda tertanya mengapa buah epal selalunya diletakkan di dalam bakul dan dibiarkan di atas meja makan di dapur? Ada sebab mengapa itu dilakukan. Buah epal akan kekal segar dalam suhu bilik. Suhu yang ideal adalah antara 30 hingga 35 F dengan kelembapan relatif 90 hingga 95 peratus. Namun, ia masih boleh disimpan di dalam peti ais. Sebaiknya, ia disimpan di dalam ruangan peti sayuran supaya tahan lebih lama. Sebelum menyimpan epal di dalam peti ais, pastikan anda meletakkannya di dalam plastik yang mempunyai lubang kecil. Sebagai alternatif, anda boleh menutupnya dengan tuala kertas lembap untuk membantu ia menyerap kelembapan peti ais. Jika tidak, suhu dan kelembapan peti ais akan mengubah tekstur dan rasa epal tersebut.

Daun herba


Oksigen tidak bagus untuk daun herba kerana ia boleh menyebabkannya bertukar menjadi warna coklat atau hitam. Herba diklasifikasikan sebagai makanan segar dan tidak boleh disimpan di dalam peti ais. Daun herba perlu mengekalkan kelembapannya tanpa terdedah kepada oksigen. Cara untuk menyimpan herba dengan betul adalah dengan meletakkannya di dalam bekas biasa. Sekiranya ia perlu diletakkan di dalam peti ais, herba hendaklah ditutup sepenuhnya dengan kertas tuala lembap. Herba kering seeloknya disimpan di dalam bekas kedap udara, beg berzip atau balang yang ketat bagi mengelakkan oksigen keluar.

Tembikai

Sebaik sahaja tembikai dipetik, ia akan berhenti masak. Oleh itu, penyejukan atau suhu bilik tidak akan mempunyai kesan ke atas proses pematangan tembikai. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa menyimpan tembikai di dalam peti ais boleh menjejaskan nilai pemakanannya secara negatif. Pada suhu 55 darjah, tembikai akan mengekalkan lebih banyak antioksidan selama 14 hingga 21 hari. Setelah dipotong, ia boleh disimpan di dalam beg berzip dan simpan di dalam peti ais. Namun begitu, tembikai perlu dimakan antara 2 hingga ke 3 hari sahaja.

Roti


Roti secara umumnya bukanlah sesuatu yang boleh disimpan terlalu lama tanpa dimakan. Menyimpan roti terlalu lama di dalam rumah akan menyebabkannya menjadi berkulat. Jadi, bagaimana roti boleh diawet? Penyejukan bukanlah pilihan yang baik kerana roti akan lebih cepat basi dan hilang rasa jika disimpan di dalam peti ais. Namun, roti boleh disimpan secara beku. Akan tetapi, daripada membiarkannya cair selepas dikeluarkan dari peti ais, sebaiknya anda membakar atau memasukkannya ke dalam gelombang mikro terlebih dahulu.

Sos Salad

Kaedah penyimpanan sos salad sangat kontroversi dan bergantung pada jenis sos. Sos salad sebaiknya disimpan di rak kerana kandungan minyak yang ada padanya sepatutnya boleh membuatkannya tahan lama. Namun, sos salad tanpa minyak masih boleh disejukkan. Kebanyakkan sos salad ini mengandungi bahan pengawet yang kuat. Sekiranya anda ingin menyimpan sos salad, anda digalakkan untuk menyemak bahan terlebih dahulu sebelum menyimpannya di dalam peti ais.

Madu


Lagi satu makanan yang tidak perlu disimpan di dalam peti ais adalah madu. Madu boleh kekal disimpan di rak pada suhu bilik tanpa risau tentangnya menjadi rosak. Apabila ia disimpan di dalam peti ais, ia berubah menjadi ketulan kristal dan tidak boleh lagi dimakan. Bagi menikmati tekstur madu yang cantik, madu hendaklah disimpan dengan cara yang betul dan dijauhkan dari peti ais.

Advertisements

Kekacang

Apabila kacang terdedah kepada udara sejuk, ia akan menjadi busuk. Oleh itu, anda tidak digalakkan sama sekali untuk menyimpannya di dalam peti ais. Penyejukan hanya akan menjadikan teksturnya lebih lemau dan bukannya rangup. Ia juga akan menghilangkan rasa kacang tersebut. Kacang hendaklah disimpan di dalam bekas kedap udara dan diletakkan di rak pada suhu bilik.

Bawang Putih


Bawang putih, sama seperti bawang yang lain, tidak boleh disimpan di dalam peti ais. Ia perlu sentiasa kering dan terdedah kepada udara suhu bilik. Peti ais akan membuatkan bawang putih hilang rasa yang sebenar dan mempunyai bau yang busuk. Sekiranya anda meletakkan bawang putih itu di dalam masakan anda, ia akan memberi rasa yang aneh selepas anda menyimpannya di dalam peti ais.

Kopi

Suhu lembap tidak sesuai untuk menyimpan biji kopi atau kopi yang telah dikisar. Penyejukan menyebabkan kopi membentuk pemeluwapan yang boleh memberi kesan negatif kepada rasa kacangnya. Jika rasa kopi tidak enak, si peminumnya juga akan turut merasakannya. Cara terbaik untuk menyimpan kopi adalah di dalam bekas kedap udara atau di rak. Namun begitu, lebihan kopi yang telah diminum boleh disimpan di dalam peti ais.

Pastri


Pastri seperti biskut, kek dan lain-lain biasanya tidak tahan lama walaupun disimpan di luar. Tetapi ia tidak boleh disimpan di dalam peti ais kerana akan merosakkan tekstur dan rasanya. Sama seperti roti, pastri akan cepat rosak jika disimpan di dalam peti ais.

Aprikot

Seperti yang anda tahu, tidak semua buah-buahan boleh disimpan di dalam peti ais. Aprikot, sama seperti beberapa jenis buah lain, lebih cepat masak pada suhu bilik. Namun, sekiranya aprikot telah masak sepenuhnya, ia boleh disimpan lebih lama di dalam peti ais. Aprikot akan hilang rasa dan tekstur jika disimpan di dalam peti ais. Seeloknya ia hendaklah disimpan di ruang terbuka, di dalam bakul buah, atau tempat lain yang kering dan berangin.

Pisang


Kebanyakan orang tidak menyimpan pisang di dalam peti ais atas sebab yang sangat bagus! Pernahkah anda membeli pisang yang dijual secara sejuk? Tidak bukan? Ini kerana apabila pisang disejukkan, bukan sahaja kulitnya berubah menjadi coklat, akan tetapi ia akan melambatkan proses pematangan pisang serta mengubah rasa dan teksturnya.

Tomato

Tomato tidak patut disimpan di dalam peti sejuk? Agak pelik, bukan? Hakikatnya, ia benar. Jika disimpan di dalam peti ais, ia bukan sahaja akan hilang rasa, malah ia juga akan merosakkan teksturnya. Tomato sedap dimakan segar. Tomato yang telah masak boleh diawet dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air. Selain itu, tomato boleh dicampur, dimasukkan ke dalam bekas kedap udara supaya dapat  mengekalkan kesegarannya dan disimpan di dalam peti ais untuk digunakan sebagai sos.

Bijirin


Advertisements

Bijirin tidak boleh disimpan di dalam peti ais. Ia hanya akan menjadikannya lemau dan lembik. Bijirin sebaiknya disimpan di rak atau tempat yang kering. Tetapi jika anda ingin menyimpannya di dalam peti ais, pastikan bijirin itu telah disimpan di dalam bekas kedap udara sebelum menyejukkannya di dalam peti ais.

Sponsored Links

Komen