Halang Daripada Serangga Coklat Ini Bebas Berkeliaran Di Pekarangan Rumah Anda Sekarang Juga - TopWomenMagazine

Halang Daripada Serangga Coklat Ini Bebas Berkeliaran Di Pekarangan Rumah Anda Sekarang Juga

Advertisements

Sesekali, cuba anda lihat-lihat di sekeliling, terutamanya di kawasan rumah samada di depan atau belakang. Periksa samada terdapat serangga coklat yang merayap-rayap di tempat tersebut. Jangan tertipu dengan saiznya yang kecil. Anda harus melakukan perkara berikut untuk mengelakkan benda buruk terjadi kelak!

1. Serangga apakah yang anda lihat itu?

Sponsored Links

Sangat penting untuk anda betul-betul pastikan dahulu jenis serangga yang anda lihat. Jika ia memiliki ciri-ciri yang berikut, kemungkinan besar ia adalah serangga yang kita sedang bincangkan. Yang pertama, ia berwarna coklat. Selain itu, kakinya ada enam dan juga badannya berbentuk bulat. Dan juga belakangnya yang seperti sebuah perisai.

2. Matang Sepenuhnya

0.7 inci merupakan saiz maksima yang boleh dimiliki oleh serangga ini apabila ia dewasa atau matang sepenuhnya. Ya, sangat kecil.Tapi ia mampu menyebabkan halaman rumah anda dilanda kekacauan sekiranya ia tidak dikesan awal. Oleh kerana terdapat sayap pada badan serangga ini, anda perlu menambahkan lebih perhatian untuk makhluk ini.

3. Lebih berwaspada

Anda tentu setuju jika dikatakan bahawa infestasi adalah sesuatu yang dahsyat, bukan? Itu yang akan terjadi jika anda hanya ambil ringan perkara ini. Ini disebabkan, serangga ini bukan sahaja akan merosakkan perkarangan rumah anda, tetapi juga akan melakukannya di dalam tempat tinggal anda juga, hampir di semua tempat!

4. Halyomorpha halys

Jika anda ingin tahu serangga apakah yang sedang kita bincangkan ini, spesies Halyomorpha halys atau serangga coklat yang berbau busuk adalah namanya. Ya, gelaran yang amat memalukan untuk serangga ini. Biarpun begitu, ianya setimpal dengan kerosakan yang bakal dihasilkan oleh mereka, samada untuk peladang mahupun sesiapa sahaja.

5. Tempat asal

Ramai yang menyangkakan bahawa serangga coklat yang busuk tersebut berasal daripada negara Barat. Tetapi sebenarnya tidak. Ia bukan berasal dari Amerika atau Britain. Serangga ini direkodkan telah dikenalpasti wujud dahulu di negara Asia seperti Korea, Jepun dan Taiwan. Selepas itu, baru ia bergerak ke negara lain.

6. Makhluk perosak

Bagi mereka yang masih belum pasti mengenai serangga apakah ini dan apa sifatnya? Serangga coklat yang busuk ini adalah serangga perosak dan invasif. Anda hendak tertanya-tanya bagaimana ia yang berasal dari Asia ini boleh berselerakan ke banyak negara? Max Barclay iaitu seorang pakar dan Ketua untuk Koleksi Spesies Coleopatra bagi Muzium Sejarah boleh menjelaskan mengenai hal ini.

7. Menjadi penumpang

Di dalam The Guardian terbitan Mac 2021, Barclay menyuarakan pendapatnya bahawa pergerakan serangga busuk ini masuk ke dalam negara Britain kemungkinan besar disebabkan aktiviti pengangkutan kargo atau pelayaran kapal ke negara tersebut. Secara tidak langsung, serangga ini sebenarnya menumpang ke dalam pengangkutan itu dan apa lagi, ia terus berkembang biak dengan cepat.

8. Fasa Hibernasi

Menurut yang telah dinyatakan dalam The Guardian oleh Barclay, serangga busuk ini secara semulajadinya akan bersifat dormant (tidak aktif) dalam musim sejuk. Oleh itu, mereka perlu bersembunyi dalam suatu tempat dan menunggu sehingga suhu luar menjadi panas. Jadi, mereka berhibernasi dalam tempat yang selesa seperti kawasan kargo. Proses hibernasi yang biasanya dijalani oleh serangga kecil ini dinamakan sebagai “diapaus”.

9. Persekitaran panas

Serangga ini memang menggemari kawasan hangat. Tetapi yang lebih malang lagi, mereka juga akan hidup membiak dalamnya. Di sebalik kekusutan untuk kita dalam menangani isu iklim yang semakin berubah, serangga busuk ini mendapat faedah daripadanya. Ini kerana, serangga perosak atau invasif akan memberikan ancaman yang lebih dahsyat apabila suatu negara menjadi semakin panas.

10. Switzerland

Malang sekali, hujah di atas dibuktikan lagi dengan hasil penyelidikan oleh kumpulan pakar pada bulan Ogos 2020, di dalam International Journal of Biometeorology. Mengikut anggaran yang telah dihasilkan oleh mereka, mungkin separuh daripada keseluruhan Switzerland bakal dijadikan habitat sempurna bagi serangga busuk ini. Jika dilihat pada situasi sekarang, ianya tidak bermasalah langsung untuk anggaran itu dicapai.

11. Dr. Tim Haye

Bekerja untuk Pusat Pertanian Biosains Antarabangsa atau CABI, Dr Tim Haye juga salah seorang pakar yang menyelidik mengenai kajian serangga ini. Bahkan, dia adalah pegawai yang berkuasa bagi segala hal untuk serangga busuk ini. Bagus, bukan! Pada September 2020, Beliau ada memuatnaik hasil penyelidikannya dalam laman sesawang (CABI).

12. Iklim yang berubah

Dr.Haye telah melaporkan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan serangga ini. “Telah terbukti bahawa perubahan iklim menyebabkan ciri spesies berubah”. Ia juga mengakibatkan perbezaan dari segi jumlah serangga yang telah dibiakkan selama setahun, kawasan penempatan mereka, dan juga tempoh mereka hidup. Selain itu, spesies-bukan-asal juga akan semakin meningkat disebabkan perubahan iklim. Negara Switzerland akan menjadi tempat pembiakan mereka, terutamanya di barat laut. “Hati-hati orang Switzerland, anda akan didatangi serangga busuk ini!”

13. Mengawasi penyebaran

Dr.Haye lebih lanjut menjelaskan, serangga ini dijangka akan menjangkau ke arah selatan iaitu di kaki gunung Alps. Terutamanya di kawasan lebih tinggi di banjaran tersebut, dimana lama-kelamaan ia akan menjadi tempat tinggal yang lebih selesa untuk serangga ini. Jadi, amat perlu untuk mengawasi pertambahan penduduk di kawasan barat laut di Switzerland, serta kawasan yang lebih tinggi selatan. Tidak dapat dinafikan, serangga ini akan bertebaran ke seluruh dunia!

14. Berjaga-jaga

Berjaga-jaga ialah langkah yang perlu kita laksanakan sekarang walaupun masih lama lagi untuk mencapai tahun 2100, kerana semua pasti setuju ia sememangnya perkara yang menakutkan. Lihat sahaja betapa cepatnya serangga ini bertebaran ke seluruh negara Amerika pada waktu kini – ia menjadi bukti kukuh bahawa isu ini bakal tidak boleh lagi ditangani nanti.

15. Amerika Syarikat

Jika anda tertanya-tanya tarikh sebenar serangga ini ada di Amerika, jawapannya ialah pada tahun 1996. Dimana ia telah dijumpai oleh orang awam di Pennsylvania (Allentown), tetapi identiti makhluk kecil ini kekal misteri selama lima tahun. Kerana tiada satu pihak pun yang boleh memastikan spesies apakah serangga busuk ini.

Advertisements

16. New Jersey ke North Carolina

Pada waktu yang sama, pergerakan serangga ini berlaku kepada kawasan belah timur negara Amerika. Ia mula-mula muncul di New Jersey dan selepas itu pada tahun 2004, ia berpindah ke Virginia. Namun begitu, yang terkini, serangga ini muncul pula di North Carolina. Yang paling dikhuatiri, perpindahan ini mewakili hanya sebahagian kecil sahaja.

17. 44 negeri

Cuba anda bayangkan betapa luasnya Amerika Sayarikat, dan bayangkan lagi..sekejap..44 negeri telah pun menjadi habitat untuk serangga ini. Benar, 44! Dan masa 25 tahun adalah sangat pantas! Serangga ini benar-benar dahsyat. Jadi, sesiapa pun pasti akan memikirkan sepantas manakah bagi serangga ini untuk tiba ke enam negeri yang lain pula.

18. Makhluk Busuk

Jika momen tersebut berlaku, semua warga bandar itu tidak akan menafikan nama serangga busuk yang ditetapkan untuk Halyomorpha halys. Berkelakuan sama dengan skunk, ia akan memancutkan aroma yang sangat busuk jika dirinya dalam bahaya. Yang paling malang, bau tersebut akan boleh terjangkau kepada beberapa inci di persekitaran.

19. Aroma itu

Walaupun The Guardian melaporkan aromanya paling seakan-akan bau kacang badam, terdapat individu yang mengatakan bau itu adalah seperti aroma rempah dan herba – iaitu ketumbar. Jika anda merancang untuk memastikan kebenaran, lupakan lah sahaja kerana sudah pasti serangga itu perlu dipegang.

20. Jangan anggap perkara ini tidak serius

Tidak kisahlah apa pun baunya, ia akan membuatkan anda merasa terjengkel. Tambahan lagi, oleh kerana serangga busuk amat menyukai buah dan sayur-sayuran, tanaman yang anda ada di kebun akan dimakan oleh mereka. Oleh itu, anda seharusnya memberikan perhatian serius mengenai hal ini. Ia memang kecil, tetapi kerosakannya luar biasa!

21. Peladang Amerika

Anda bersedia untuk diberitahu mengenai sesuatu? Baiklah. Tahun 2010, petani epal di Amerika dibelenggu masalah serangga ini dan dilaporkan oleh The Guardian telah mengalami kerugian menghampiri $40 juta. Terkejut, bukan? Yang menariknya, buah epal tersebut tidak dimakan kesemuanya hingga ke empulur epal.

22. Stain coklat

Tetapi mereka hanya akan menghasilkan stain coklat pada permukaan yang telah digigit mereka. Malangnya, itu menyebabkan semua epal tidak lagi dapat diperbuat apa-apa. Tanaman-tanaman lain contohnya timun dan anggur juga menjadi mangsa peninggalan stain oleh serangga busuk ini. Kedua-dua tanaman ini amat dititik beratkan oleh penduduk US buat masa sekarang.

23. Anggur

Mengapa anggur amat penting? Kerana wain kini menjadi perniagaan yang semakin penting untuk ekonomi Amerika. Jadi cuba bayangkan jika anggur diserang oleh serangga ini. Sudah tentu bau busuk mereka membuatkan wain yang dihasilkan sangat buruk. Berita yang sangat malang bagi mereka yang berniaga dan yang meminum wain!

24. Pernahkah dilaksanakan apa-apa cara untuk menghapuskannya?

Kerosakan yang dilakukan oleh serangga ini membuatkan kita tertanya-tanya bahawa pernahkah dilaksanakan apa-apa kaedah bagi menghapuskannya? Pada terbitan Mac 2021, dalam The Guardian, Max Barclay melaporkan bahawa tiada cara untuk betul-betul menghilangkan serangga invasif seperti itu. Ya, amat mengecewakan, bukan? Lalu dia juga membandingkan kepada serangga yang lain di UK.

25. Anda akan menemuinya dimana-mana sahaja

Kata Barclay lagi, “Menyerupai makhluk invasif sebelum ini yang kami telah lihat, mula-mula ia akan kelihatan seekor atau dua.Tetapi tiba-tiba, mereka akan muncul di mana-mana sahaja. Begitu juga dengan serangga ini. Mereka memantapkan diri mereka dengan sangat cepat. Seperti kes kumbang Harlequin dari negara China yang wujud di UK pada 2006. Kini mereka sangat banyak. Tetapi jangan khuatir.

26. Bebaskan kebun anda daripada mereka

Katakan usaha skala-besar untuk mencegah serangga ini gagal, anda tidak perlu risau kerana masih terdapat cara-cara lain yang boleh digunakan. Sudah semestinya ianya adalah berkesan dan bagus. Jadi anda tetap boleh membebaskan kebun anda daripada serangga busuk ini. Kedua-dua tanaman kebun dan rumah anda akan dapat terlindung daripada terus dirosakkan atau dimasuki oleh makhluk ini.

27. Rumput yang tidak dikehendaki

Serangga perosak ini gemar menyorok di tumbuhan hijau seperti rumput. Oleh itu, anda seharusnya memeriksa kawasan rumah anda yang terdapat rumput yang tak dikehendaki. Kemudian, anda cabutkan rumput itu dan juga pastikan tiada sebarang objek yang berpotensi menjadi ruang persembunyian. Ini termasuklah alat perhiasan kebun anda. Sesudah itu, beri perhatian untuk bunga pula.

28. Penghalau serangga

Sebaik sahaja anda ternampak kewujudan serangga kecil ini, anda harus segera membuat suatu larutan penghalau serangga. Mudah sahaja. Dari web Gardening Know How, bahan-bahan yang diperlukan ialah tanah iat jenis mineral iaitu yang diberi nama kaolin – air sebanyak beberapa gelen dan juga sabun pembersih pinggan (15 ml). Kacau rata dan tuangkannya di dalam botol penyembur.

29. Pancutkan penghalau serangga

Gardening Know How menjelaskan bahawa tanaman atau yang terkena semburan penghalau serangga tidak akan dimakan oleh serangga ini. Oleh itu, anda harus segera menyemburnya! Yang menariknya, telur serangga juga tidak akan berjaya melolos masuk ke dalam tanaman. Ya, kita akan menang!

30. Tanaman tidak rosak oleh larutan

Larutan penghalau serangga ini sama sekali tidak akan mendatangkan kesan buruk terhadap tanaman anda, termasuk buahan atau sayur yang sedang membesar. Cuma selepas serangga ini hilang, pastikan hos kebun dipancutkan kepada tanaman anda. Jika anda lebih sukakan kaedah yang terus mematikannya, “tumbuhan perangkap” adalah cara yang bagus”

31. Perangkap Lalat Venus?

Advertisements

Ia tidak semestinya tanaman perangkap lalat venus, sebaliknya tumbuhan yang berwarna kuning seperti bunga matahari, mustard atau bawang putih juga boleh digunakan. Ini kerana, tumbuhan berwarna kuning boleh menarik perhatian serangga ini. Jadi sekiranya terdapat salah satu tumbuhan ini dalam rumah anda, mari dengarkan langkah seterusnya.

Sponsored Links

Komen